Sauli Niinistö
Sauli Niinistö | |
|---|---|
Potret rasmi, 2018 | |
| Presiden Finland ke-12 | |
| Dalam jawatan 1 Mac 2012 – 1 Mac 2024 | |
| Perdana Menteri | Jyrki Katainen Alexander Stubb Juha Sipilä Antti Rinne Sanna Marin Petteri Orpo |
| Didahului oleh | Tarja Halonen |
| Digantikan oleh | Alexander Stubb |
| Yang di-Pertua Parlimen | |
| Dalam jawatan 24 April 2007 – 27 April 2011 | |
| Didahului oleh | Timo Kalli |
| Digantikan oleh | Ben Zyskowicz |
| Menteri Kewangan | |
| Dalam jawatan 2 Februari 1996 – 16 April 2003 | |
| Perdana Menteri | Paavo Lipponen |
| Didahului oleh | Iiro Viinanen |
| Digantikan oleh | Antti Kalliomäki |
| Timbalan Perdana Menteri Finland | |
| Dalam jawatan 13 April 1995 – 30 Ogos 2001 | |
| Perdana Menteri | Paavo Lipponen |
| Didahului oleh | Pertti Salolainen |
| Digantikan oleh | Ville Itälä |
| Menteri Kehakiman | |
| Dalam jawatan 13 April 1995 – 1 Februari 1996 | |
| Perdana Menteri | Paavo Lipponen |
| Didahului oleh | Anneli Jäätteenmäki |
| Digantikan oleh | Kari Häkämies |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Sauli Väinämö Niinistö 24 Ogos 1948 Salo, Finland |
| Parti politik | Parti Campuran Nasional |
| Pasangan | Marja-Leena Niinistö (1974–1995, meninggal) Jenni Haukio (2009–kini) |
| Tempat belajar | Universiti Turku |
| Laman web | laman web rasmi |
Sauli Väinämö Niinistö (lahir 24 Ogos 1948) ialah seorang ahli politik Finland yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut ke-12 dari 2012 hingga 2024.
Dididik sebagai peguam, Niinistö menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1996 hingga 2003 dan calon Parti Campuran Nasional dalam pilihan raya presiden 2006. Beliau berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Parlimen Finland dari 2007 hingga 2011 dan telah menjadi Presiden Kehormat Parti Orang Eropah (EPP) sejak 2002. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Finland.
Niinistö adalah calon Parti Campuran Nasional dalam pilihan raya presiden 2012. Dengan 37.0% undi, beliau memenangi pusingan pertama pilihan raya dan menghadapi Pekka Haavisto daripada Liga Hijau dalam pusingan kedua muktamad. Beliau memenanginya dengan sekitar 62.6% berbanding 37.4% yang diperolehi Haavisto. Hal ini menjadikan beliau presiden pertama daripada Parti Campuran Nasional sejak Juho Kusti Paasikivi, yang meninggalkan jawatan pada tahun 1956.