Saturday Night Fever
| Saturday Night Fever | |
|---|---|
| Pengarah | John Badham |
| Lakon layar | Norman Wexler |
| Berdasarkan | Tribal Rites of the New Saturday Night oleh Nik Cohn |
| Dihasilkan oleh | Robert Stigwood |
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Ralf D. Bode |
| Disunting oleh | David Rawlins |
| Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | Robert Stigwood Organization |
| Diedarkan oleh | Paramount Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 119 minutes |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $3.5 juta |
| Pecah panggung | $237.1 juta |
Saturday Night Fever ("Demam Malam Sabtu") ialah filem drama Amerika Syarikat 1977 arahan John Badham. John Travolta membintangi filem ini sebagai Tony Manero, seorang pemuda kelas pekerja yang menghabiskan hujung minggunya menari dan minum di pusat disko Brooklyn serta harungan nasibnya bersama rakannya Stephanie Mangano (lakonan Karen Gorney) dan Annette (Donna Pescow), rakan tarian dan bakal kekasih Tony.
Filem ini meraih untung komersial sangat hebat sehinggakan tidak sahaja membantu mempopularkan muzik disko di seluruh dunia malah memasyhurkan nama Travolta. Runut bunyi filem ini yang menampilkan lagu-lagu disko oleh Bee Gees dianggap banyak pengulas muzik sebagai antara runut bunyi terbaik sepanjang zaman. Filem itu mempamerkan aspek-aspek muzik, tarian dan gaya hidup berkaitan zaman ini. Filem ini diiktiraf kepentingan dari segi "budaya, sejarah, atau estetik" oleh Perpustakaan Kongres pada tahun 2010 serta dipilih untuk pemeliharaan di Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan.