Keranda batu

Keranda batu atau sarkofagus ialah keranda yang dibuat dengan batu yang telah diukir dan biasanya diletakkan di atas paras lantai, namun ia boleh juga ditanam. Perkataan sarkofagus berasal daripada Inggeris sarcophagus, daripada bahasa Yunani σάρξ sarx yang bermaksud "daging", dan φαγεῖν phagein yang bermaksud "makan"; oleh itu keranda batu bermaksud "pemakan daging", daripada frasa lithos sarkophagos (λίθος σαρκοφάγος), "batu pemakan daging". Perkataan ini juga merujuk kepada sejenis batu kapur yang dipercayai mempercepatkan penguraian daging mayat yang terkandung di dalamnya disebabkan oleh sifat kimia batu kapur itu sendiri.