Sark

Sark
Sark
Sèr / Cerq (Sercquiais)
Sercq (Perancis)
Lagu: "God Save the Queen"
Peta Sark didalam Bailiwick
Negara berdaulatUnited Kingdom
Wilayah mahkotaBailiwick Guernsey
Pemisahan dari Duci Normandy1204
Fief diberikan kepada Hellier de Carteret1565
Feudalisme dimansuhkan9 April 2008
Pentadbiran
 • JenisWilayah mahkota pemerintahan sendiri dibawah parlimen raja berperlembagaan
 • RatuElizabeth II
 • SeigneurChristopher Beaumont
Penduduk
 (2015)
 • Jumlah492
Zon waktuUTC±00:00 (GMT)
 • Musim panas (DST)UTC+01:00 (BST)
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "1 = latNS "
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "image_size1"

Sark (Perancis: Sercq, Sebutan bahasa Perancis: [sɛʁ]; Sercquiais: Sèr atau Cerq) ialah pulau yang membentuk sebahagian Kepulauan Channel di barat daya Selat Inggeris, yakni di pesisir Normandy, Perancis. Pulau ini ditadbir sebagai sebahagian Guernsey, dengan perundangan berdasarkan undang-undang Norman serta parlimennya sendiri. Pulau ini dihuni oleh kira-kira 500 orang. Sark (termasuk pulau jiran Brecqhou) berkeluasan 2.10 batu persegi (5.44 km2). Selain itu, Sark Kecil pula ialah sebuah semenanjung yang bersambung dengan pulau utama melalui sebatang tanah genting yang tinggi dan sangat sempit.

Sark ialah salah satu daripada beberapa tempat di dunia yang mengharamkan penggunaan kereta, dengan kenderaan yang dibenarkan hanya traktor dan kenderaan berkuda. Pada 2011, pulau Sark diwartakan sebagai pulau "langit gelap" - kawasan yang mengekang pencemaran cahaya bagi tujuan kajian astronomi.