Sarimah Ahmad


Sarimah Ahmad

Sarimah pada tahun 1960
Kelahiran
Sarimah binti Ahmad

(1942-04-28) 28 April 1942
Pulau Rusa, Pekan, Pahang, British Malaya (kini Malaysia)
Nama lainSarimah
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1961–2010
MajikanMalay Film Productions
Merdeka Film Productions
Sarimah Film Productions
Terkenal keranaWatak Marjina dalam filem Ali Baba Bujang Lapok
Karya
Filemografi
Pasangan
  • Datuk Zulkifli bin Ahmad (bercerai)
  • Datuk Dr. Nordin Selat (bercerai)
  • Datuk Paduka Pengiran Hj. Hidup Hashim (bercerai)
  • Yusof Majid (sehingga kematiannya)
Anak-anak4 (termasuk M. Jamil)
IbuHjh. Bibah binti Lingga
BapaHj. Ahmad bin Hj. Aris

Dato' Dr Hajjah Sarimah binti Haji Ahmad lebih dikenali sebagai Sarimah (Jawi: ساريمه; lahir 28 April 1942) merupakan pelakon wanita Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an yang dicungkil bakatnya oleh P. Ramlee. Sarimah merupakan pemilik syarikat penerbitan Sarimah Film Productions Sdn Bhd.