Sarah Lian
Sarah Lian | |
|---|---|
| Kelahiran | Sarah Lian Lay Ting 12 Mei 1983 |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 2007–kini |
| Laman web rasmi | www.sarahlian.com |
Sarah Lian (Cina ringkas :连丽婷, lahir 12 Mei 1983), ialah pelakon dan personaliti televisyen Cina Malaysia yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan di Taiping, Perak, Malaysia namun dibesarkan di Vancouver, British Columbia, Kanada. Lian ialah pelakon yang serba boleh dalam filem, televisyen dan teater. Pada masa ini, kerjaya hiburannya merentas Amerika Utara dan Asia. Lian mendapat kemasyhuran apabila beliau diundi sebagai FHM Malaysia No. 1 Most Wanted Woman dalam senarai Top 100 mereka.