Sanofi

Sanofi S.A.
Nama asliSanofi 
Nama dahulu
  • Sanofi-Synthélabo (1999–2004)
  • Sanofi-Aventis (2004–2011)
Jenis/bentuk sahSociété Anonyme
Didagangkan sebagai
ISINFR0000120578 
Industri
PendahuluMarion Merrell Dow 
Ditubuhkan1973 (1973)
Ibu pejabat54, Rue La Boétie, Paris, Perancis
Tokoh penting
  • Serge Weinberg (Pengerusi)
  • Paul Hudson (CEO)
KeluaranUbat preskripsi dan bebas untuk trombosis, penyakit kardiovaskular, diabetis, gangguan sistem saraf pusat, onkologi dan ubat dalaman, vaksin
Hasil 42.99 bilion (2022)
Pendapatan kendalian €10.66 bilion (2022)
Pendapatan bersih €8.371 bilion (2022)
Jumlah aset €126.7 bilion (2022)
Jumlah ekuiti €74.78 bilion (2022)
PemilikL'Oréal 
Bilangan kakitangan91,573 (2022)
Anak syarikatSanofi Pasteur
Genzyme
Shantha Biotechnics
Chattem
Zentiva
Medley
Nichi-Iko
Merial
Tapak webwww.sanofi.com
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "intl"

Sanofi S.A. ialah syarikat penjagaan kesihatan multinasional Perancis yang beribu pejabat di Paris, Perancis. Pada asalnya, syarikat ini ditubuhkan pada 1973 dan bergabung dengan Synthélabo pada 1999 untuk membentuk Sanofi-Synthélabo. Pada tahun 2004, ia bergabung dengan Aventis dan dinamakan semula kepada Sanofi-Aventis, yang masing-masing merupakan hasil daripada beberapa penggabungan sebelumnya. Ia kembali bertukar nama kepada Sanofi pada Mei 2011. Syarikat itu merupakan komponen dari indeks pasaran saham Euro Stoxx 50.

Sanofi terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan pemasaran ubat-ubatan farmaseutikal terutamanya dalam pasaran preskripsi, tetapi firma itu juga membangunkan ubat bebas. Syarikat itu meliputi tujuh bidang terapeutik utama: kardiovaskular, sistem saraf pusat, kencing manis, ubat dalaman, onkologi, trombosis dan vaksin (ia merupakan pengeluar terbesar dunia melalui anak syarikatnya Sanofi Pasteur). Pada tahun 2017, vaksin demam denggi Sanofi, Dengvaxia menjadi subjek kontroversi kerana ia menyebabkan sesetengah kanak-kanak kecil yang divaksinkan mempunyai lebih banyak kes denggi mendadak. The New York Times memetik kritikan untuk kempen iklan agresif Sanofi meskipun vaksin baru ini belum diyakini selamat.