Sanja Matsuri

Sanja Matsuri (三社祭, harfiah: "Pesta tiga kuil"), atau Pesta Sanja, ialah salah satu dari tiga pesta utama agama Shinto yang diadakan di Tokyo, selain dari Kanda Matsuri dan Sanno Matsuri. Ia dianggap sebagai pesta paling liar dan terbesar. Ia diraikan untuk memberi penghormatan kepada Hinokuma Hamanari, Hinokuma Takenari dan Hajino Nakatomo, tiga lelaki yang menubuhkan Senso-ji. Sanja Matsuri disambut pada hujung minggu ketiga dalam bulan Mei di kuil Asakusa. Perarakan utamanya melibatkan tiga mikoshi (tiga kuil mudah alih, berdasarkan nama festival itu sendiri), dan juga muzik tradisional dan tarian. Setiap tahun, pesta yang berlangsung selama tiga hari ini menarik kedatangan sekitar 1.5 hingga 2 juta penduduk tempatan dan pelancong.