Sang Penguasa
Il Principe (dalam bahasa Itali bermaksud "Si Putera", tajuk terjemahan diberikan sebagai Sang Penguasa) ialah sebuah karya politik yang ditulis oleh Niccolo Machiavelli pada sekitar 1513, tetapi buku itu tidak diterbitkan sehingga 1532, iaitu lima tahun selepas kematiannya. Dinamakan "De Principatibus" (Mengenai Kerajaan-kerajaan Kecil) pada asalnya, buku ini amat berbeza dengan karya-karya yang diterbitkan semasa hidupnya, tetapi karya ini pasti merupakan karya yang paling diingati, serta yang menyebabkan istilah-istilah seperti kecerdasan Macchiavelli dicipta kemudian.