Sang Kelembai
Dalam cerita rakyat Melayu, Sang Kelembai (Jawi: سڠ كلمباي) ialah makhluk luar biasa yang berhubungan dengan watak kayangan, dengan mempunyai tubuh yang besar dan tinggi, bulu kening tebal, hidung besar, telinga gajah besar, taring. kuasa menyumpah dan menukarkan benda atau manusia kepada batu. Ia ialah sebahagian mitos yang berhubungan dengan makhluk ajaib, yang menjadi kepercayaan dalam masyarakat Melayu dan di seluruh daerah Nusantara. Si Kelembai memperlihatkan negeri atau daerah berkenaan masih belum dipengaruhi Islam; dengan maksud lain, agama Islam masih belum tiba ke daerah Nusantara ketika mitos ini dikisahkan.
Makhluk ini amat dikenali di Kampung Gajah ketika zaman dulu berdasarkan rujukan orang lama, terdapatnya seorang pemuda bernama Abqari bin Aminuddin memasuki hutan dan terserempak dengan mempelai ini. Beliau kemudiannya ditukarkan menjadi batu lalu emaknya datang memarahinya untuk berhenti berlakon menjadi batu.