Hikayat Pelanduk Jenaka
Hikayat Pelanduk Jenaka atau kini dikenali sebagai Cerita Sang Kancil merupakan salah satu hasil-hasil sastera lama bahasa Melayu yang telah tercipta sekitar 1650 Masihi dengan salinan manuskrip terdapat di MS Mal.-Pol. 70, Département des manuscrits, Bibliothèque nationale, Paris. Ia mengisahkan mengenai kebijaksanaan Pelanduk melepaskan dirinya daripada bahaya.
Hikayat ini juga merupakan salah satu judul yang tercatat dalam senarai Wemdly yang ditulis pada 1736. Manuskrip ini memiliki 6,702 patah perkataan serta merupakan manuskrip terawal diketahui. Manuskrip yang menggunakan ejaan Melayu abad ketujuh belas ini bagaimanapun tidak lengkap dengan hanya 1/3 yang dipercayai tinggal.
Terdapat tiga manuskrip salinan karya ini dari Pulau Pinang atau Kedah tahun 1805 yang semuanya disimpan di Perpustakaan British.