San Francisco Bay Area
|
Nama biasa: Kawasan Teluk San Francisco, atau Kawasan Teluk | |
| Bandar terbesar | - San Jose |
| Bandar-bandar lain | - San Francisco - Oakland |
| Penduduk | ke-6 (CSA), ke-13 (MSA) di AS |
| - Jumlah | CSA: 7,354,555
MSA: 4,274,531 |
| - Kepadatan | 840/batu persegi 320/km² |
| Luas | 8,757 batu persegi 22,681 km² |
| Negeri | California |
| Ketinggian | |
| - Titik tertinggi | Gunung San Benito 5,241 kaki (1,597 m) |
| - Titik terendah | Paras laut 0 kaki (0 m) |
Kawasan Teluk San Francisco (Bahasa Inggeris: San Francisco Bay Area), atau Kawasan Teluk (Bahasa Inggeris: Bay Area) secara ringkas, merupakan kawasan metropolitan di kawasan Teluk San Francisco dan Teluk San Pablo di utara negeri California, Amerika Syarikat. Ia merangkumi bandar-bandar seperti San Francisco, Oakland dan San Jose dan kawasan-kawasan subbandar lain.
Lembah Silikon yang terkenal dengan perusahaan teknologinya terletak di bahagian selatan Kawasan Teluk, terutamanya di Daerah Santa Clara. Antara syarikat-syarikat yang beribu pejabat di kawasan ini termasuk AMD, Intel, Cisco Systems, Hewlett-Packard, Apple, Google, eBay dan Yahoo!.