Samuel Eto'o
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Samuel Eto'o Fils | ||
| Tarikh lahir | 10 Mac 1981 | ||
| Tempat lahir | Douala, Cameroon | ||
| Ketinggian | 1.79 m (5 ka 10 in) | ||
| Posisi permainan | Penyerang | ||
| Nombor | 5 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1992–1997 | Akademi Sukan Kadji | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 1997–2000 | Real Madrid | 3 | (0) |
| 1997–1998 | → Leganés (loan) | 30 | (4) |
| 1999 | → Espanyol (pinjaman) | 0 | (0) |
| 2000 | → Mallorca (pinjaman) | 19 | (6) |
| 2000–2004 | Mallorca | 120 | (48) |
| 2004–2009 | Barcelona | 145 | (108) |
| 2009–2011 | Inter Milan | 67 | (33) |
| 2011–2013 | Anzhi Makhachkala | 53 | (25) |
| 2013–2014 | Chelsea | 21 | (9) |
| 2014–2015 | Everton | 14 | (3) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2000 | Cameroon B23 | 6 | (1) |
| 1997–2014 | Cameroon | 118 | (56) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Disember 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Ogos 2014 | |||
Samuel Eto'o Fils (Sebutan bahasa Perancis: [samɥɛl eto fis]; lahir 10 Mac 1981) merupakan bekas pemain bola sepak Cameroon. Beliau bermain di posisi penyerang. Beliau telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Afrika sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2003, 2004, 2005 dan 2010. Beliau menduduki tempat ketiga dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 2005.
Eto'o telah menjaringkan 100 gol selama lima musimnya di Barcelona dan juga memegang rekod pemain Afrika yang banyak beraksi di La Liga. Beliau menjadi pemain kedua dalam sejarah yang menjaringkan dua gol di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Beliau telah bersama pasukan kebangsaan Cameroon dalam tiga kejohanan Piala Dunia dan enam Piala Negara-Negara Afrika. Selain itu, beliau juga merupakan penjaring terbanyak pasukan kebangsaan Cameroon dengan menjaringkan 56 gol daripada 118 kaps. Pada 27 Ogos 2014, beliau mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.
Pada bulan September 2021, Samuel Eto'o, mengumumkan pencalonannya untuk menjadi presiden Persekutuan Bola Sepak Kamerun (Fecafoot).