Salma Hayek

Salma Hayek
Hayek di San Diego Comic-Con 2019
Kelahiran
Salma Valgarma Hayek Jiménez

(1966-09-02) 2 September 1966
Coatzacoalcos, Veracruz, Mexico
WarganegaraMexico, Amerika
Pusat pendidikanUniversidad Iberoamericana
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1988–kini
Ketinggian1.57 m (5 ka 2 in)
PasanganFrançois-Henri Pinault (k. 2009)
Anak-anak1

Salma Hayek Pinault (/ˈhɛk/, Sebutan Sepanyol: [ˈsalma ˈxaʝek]; lahir Salma Valgarma Hayek Jiménez; 2 September 1966) ialah seorang pelakon dan penerbit filem Mexico dan Amerika. Beliau memulakan kerjayanya di Mexico dan membintangi dalam telenovela Teresa dan membintangi filem El Callejón de los Milagros yang mana beliau dicalonkan untuk Anugerah Ariel. Pada tahun 1991 Hayek berpindah ke Hollywood dan terkenal dengan peranan dalam filem-filem seperti Desperado (1995), From Dusk Till Dawn (1996), Wild Wild West, dan Dogma (kedua-duanya tahun 1999).