Salih bin Abdullah al Humaid

Ṣāliḥ ibn ʻAbd Allāh al-Ḥumayd (Arab: صالح بن عبد الله الحميد; lahir pada tahun 1949) ialah seorang Imam dan ahli politik Arab Saudi. Beliau kini merupakan salah seorang daripada sembilan Imam di Masjidil Haram, Mekah. Beliau juga merupakan ahli Majlis Syura Arab Saudi sejak tahun 1993 dan pernah berkhidmat sebagai Speaker (Pengerusi) Majlis al-Shura dari Februari 2002 hingga Februari 2009.