Salaar: Part 1 – Ceasefire
| Salaar: Part 1 – Ceasefire | |
|---|---|
| Pengarah | Prashanth Neel |
| Penulis | Prashanth Neel |
| Dialogues by | Sandeep Reddy Bandla Hanumaan Choudary Dr. Suri |
| Dihasilkan oleh | Vijay Kiragandur |
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Bhuvan Gowda |
| Disunting oleh | Ujwal Kulkarni |
| Muzik oleh | Ravi Basrur |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | see below |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 175 minutes |
| Negara | India |
| Bahasa | Telugu |
| Bajet | ₹270 crore |
| Pecah panggung | ang. ₹705–715 crore |
Salaar: Part 1 – Ceasefire (terj. Panglima: Bahagian 1 – Gencatan Senjata) adalah filem aksi epos berbahasa Telugu tahun 2023 dari India.Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Prashanth Neel dan diterbitkan oleh Vijay Kiragandur. Filem ini menampilkan Prithviraj Sukumaran, Prabhas dalam peranan utama dengan barisan pelakon termasuk Shruti Haasan, Jagapathi Babu, Bobby Simha, Sriya Reddy, John Vijay, Tinnu Anand, Easwari Rao, Ramachandra Raju, Brahmaji, Devaraj, Mime Gopi, Saurav Lokesh, Vajrang Shetty, dan Pramod Panju. Berlatarkan negera kota dystopian fiksyen Khansaar, di mana monarki masih wujud.Filem ini mengikuti persahabatan antara Deva (Prabhas), putera buangan Khansaar, dan Varadha (Prithviraj), putera semasa Khansaar. Apabila satu kaudeta dirancang oleh menteri-menteri negaranya dan sanak saudaranya, Varadha meminta bantuan Deva untuk menjadi penguasa mutlak Khansaar.
Salaar ditayangkan di pawagam pada 22 Disember 2023 dalam format standard dan IMAX dengan ulasan positif secara amnya daripada pengkritik.Filem ini merupakan kejayaan komersial, meraih ₹705–715 crore dengan bajet ₹270 crore, menjadikannya filem berbahasa Telugu dan filem bebahasa India Selatan dengan kutipan tertinggi pada tahun 2023..
Sekuel filem ini, bertajuk Salaar: Part 2 – Shouryaanga Parvam, sedang dalam pembangunan.