Saksofon tenor

Saksofon tenor
[[Image:|250x250px|center|Saksofon tenor]]
Alat tiup kayu
Pengelasan
Pengelasan Hornbostel-Sachs422.212-71
(Aerofon pipit tunggal dengan kunci)
PenciptaAdolphe Sax
Dibangunkan28 Jun 1846
Lingkungan dimain

Dalam B: membunyikan oktaf dan langkah penuh lebih rendah daripada tertulis. Kebanyakan saksofon tenor moden boleh mencapai F tinggi (atau lebih tinggi dengan penjarian altissimo).

Pembunyian:

Alat muzik berkaitan

Keluraga band ketenteraan:

  • Saksofon sopranino
  • Saksofon soprano
  • Saksofon alto
  • Saksofon tenor
  • Saksofon bariton
  • Saksofon bes
  • Saksofon kontrabes
  • Saksofon subkontrabes

Keluarga orkestra:

  • Saksofon soprano C
  • Saksofon mezzo-soprano
  • Saksofon melodi C

Saksofon lain:

  • Saksofon sopranissimo ('Soprillo')
  • Tubax
Pemuzik
  • Senarai pemain saksofon
Lebih rencana

Saksofon tenor ialah ahli saksofon bersaiz sederhana, sekumpulan instrumen yang dicipta oleh Adolphe Sax pada 1840-an. Tenor dan alto ialah dua saksofon yang paling biasa digunakan. Tenor dibunyikan dalam nada B♭ (manakala alto dibunyikan dalam kekunci E♭), dan ditulis sebagai alat transposisi dalam klef trebel, membunyikan satu oktaf dan satu major kedua lebih rendah daripada pic bertulis. Saksofon tenor moden yang mempunyai kunci F tinggi mempunyai julat dari A2 hingga E5 (konsert) dan oleh itu, bernada satu oktaf di bawah saksofon soprano.

Saksofon tenor menggunakan corong, rid dan ligatur yang lebih besar daripada saksofon alto dan soprano. Secara visual, ia mudah dibezakan dengan lengkung di lehernya, atau bengkokannya berhampiran corong. Saksofon alto tidak mempunyai ini dan lehernya terus ke corong. Saksofon tenor paling dikenali kerana kebolehannya untuk mengadun dengan baik dengan soprano, alto dan bariton.