Koma-koma

Koma-koma
C. sativus kembang mekar dengan stigma kemerah-merahan.
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Spermatophytae
Subdivisi:
(tanpa pangkat):
Order:
Asparagales
Keluarga:
Iridaceae
Subkeluarga:
Crocoideae
Genus:
Crocus
Spesies:
C. sativus
Nama binomial
Crocus sativus

Koma-koma, kuma-kuma (Jawi: كوما٢), kumkum (Jawi: كومكوم) atau zafaran (Jawi: زعفران) merupakan sejenis rempah diperolehi daripada stigma kuning keemasan dalam bunga ungu sejenis tumbuhan spesies Crocus sativus. Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Yunani, Turki, Iran dan Kashmir. a memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya sejak dari dulu lagi. Oleh itu, di samping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum, ia turut digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Koma-koma merupakan antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit perkilo. Tumbuhan ini sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan adalah antara khazanah alam termahal di dunia. Herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love' dalam bahasa Inggeris.