Sabtu Suci
| Sabtu Suci | |
|---|---|
Patung Jesus yang terbaring di dalam makam (Biara San JoaquĆn y Santa Ana, Valladolid) | |
| Nama rasmi | Sabtu Suci |
Juga dikenali sebagai | Hari Sebelum Easter, Sabtu Hitam |
Diraikan oleh/di | penganut Kristian |
| Kepentingan | Menandakan hari Jesus Christ dibaringkan di dalam makam |
| Tarikh | Hari sebelum Easter |
| Tarikh 2024 | 30 Mac (Barat) 4 Mei (Eastern) |
| Tarikh 2025 | 19 April (Barat dan Timur) |
| Tarikh 2026 | 4 April (Barat) 11 April (Timur) |
| Kekerapan | Tahunan |
Berkaitan dengan | Easter |
Sabtu Suci (Latin: Sabbatum Sanctum) atau Sabtu Minggu Suci, juga dikenali sebagai Sabat Agung, Sabtu Hitam atau Hari Sebelum Easter merupakan hari selepas Good Friday. Ia merupakan hari terakhir dalam Minggu Suci dimana penganut Kristian bersedia untuk menyambut Easter. Sabtu Suci adalah hari untuk memperingati badan Jesus Christ dibaringkan di dalam makam.
Sabtu Suci kadangkala dirujuk sebagai Sabtu Easter, walaupun pada kalendar agama, frasa ini adalah lebih tepat digunakan kepada hari Sabtu dalam Minggu Easter.