Saab 2000

Saab 2000
Saab 2000 AEW milik Tentera Udara Pakistan yang dilengkapi dengan sistem radar Erieye
Peranan Pesawat penumpang turbin bebaling
Pengeluar Saab
Penerbangan sulung 26 Mac 1992
Pengenalan 30 Ogos 1994
Status Dalam perkhidmatan
Pengguna utama Eastern Airways
Dikeluarkan 1992–1999
Jumlah dibina 63
Kos seunit
ASD$12.5 juta (1991)
Dibangunkan daripada Saab 340

Saab 2000 adalah sebuah pesawat penumpang, enjin kembar turbin bebaling, halaju tinggi yang dibina oleh Saab. Ia direka untuk membawa 50–58 penumpang dan boleh meluncur pada halaju 665 km/j (413 mph). Ia dikilangkan di Linköping yang terletak di selatan Sweden. Saab 2000 membuat penerbangan sulung pada bulan Mac 1992 dan mendapat persijilan pada tahun 1994. Pesawat terakhir telah diserahkan pada bulan April 1999. Sejumlah 63 buah pesawat telah dibina. Menjelang bulan Julai 2018, 24 buah Saab 2000 digunakan dalam perkhidmatan pengangkutan udara.