STS-134

STS-134
Tanda kebesaran misi
Statistik misi
Nama misiSTS-134
Bolak-balik angkasaEndeavour
Pelantar pelancar39A
Pelancaran16 Mei 2011 08:56:28 EDT (12:56:28 UTC)
Pendaratan1 Jun 2011 02:32 AM EDT (06:32 UTC) (dijadualkan)
Tempoh misi16 hari (dirancang)
Tempoh orbit91 min
Altitud orbit348 kilometer (188 nmi)
Kecondongan orbit51.6 darjah
Jarak perjalananTBD
Foto anak kapal
Ikut arah jam: Mark Kelly (bawah tengah), komander; Gregory H. Johnson, juruterbang; Michael Fincke, Greg Chamitoff, Andrew Feustel dan Roberto Vittori, semua pakar misi.
Misi berkaitan
Misi sebelum Misi selepas

STS-133

STS-135

STS-134 (penerbangan ULF6 pemasangan ISS ) ialah penerbangan praakhir program Space Shuttle NASA. Misi ini menandakan penerbangan terakhir Bolak-balik angkasa lepas Endeavour. Penerbangan ini menghantar Alpha Magnetic Spectrometer dan ExPRESS Logistics Carrier keempat ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Perubahan dalam reka bentuk muatan utamanya, AMS-02, selain lengah pada STS-133 telah menyebabkan misi ini tertunda. Cubaan pelancaran pertama pada 29 April dibatalkan pada 12:20 p.m. oleh pengurus pelancaran akibat masalah dengan dua pemanas pada salah satu unit kuasa bantu (APU) pengorbit. Endeavour kemudian dilancarkan dengan jayanya pada 08:56:28 EDT (12:56:28 GMT) pada 16 Mei 2011.

Presiden A.S. Barack Obama menjadualkan lawatan ke Kennedy Space Center pada 29 April untuk melihat pelancaran Endeavour, dan walaupun pelancaran dibatalkan beliau melawat Orbiter Processing Facility di Launch Complex 39 dan bertemu dengan enam anak kapal.