SS-Begleitkommando des Führers
| SS-Begleitkommando des Führers; Führerbegleitkommando | |
|---|---|
| Aktif | 1932–1945 |
| Negara | Jerman Nazi |
| Kesetiaan | Adolf Hitler |
| Cawangan | Schutzstaffel |
| Peranan | Pengawal peribadi |
SS-Begleitkommando des Führers ("Pasukan Pengiring SS Führer"), kemudian dikenali sebagai Führerbegleitkommando; FBK (Pasukan Pengiring Führer) pada asalnya skuad lapan orang askar SS yang dibentuk dari skuad keselamatan 12 orang (dikenali sebagai SS-Begleitkommando) yang ditugaskan untuk melindungi nyawa Adolf Hitler semasa awal tahun 1930an. Ia telah berkembang dan kekal menjadi pengawal peribadi Hitler sehingga 30 April 1945.