SM Mall of Asia

SM Mall of Asia
SM Mall of Asia pada Mei 2016
LokasiBay City, Pasay, Filipina
Koordinat14°32′6.24″N 120°58′55.75″E / 14.5350667°N 120.9821528°E / 14.5350667; 120.9821528
AlamatSeaside Boulevard, Barangay 76
Tarikh pembukaan21 Mei 2006
PemajuSM Prime Holdings
PengurusanSM Prime Holdings
PemilikHenry Sy, Sr.
ArkitekArquitectonica
Bil. gedung dan perkhidmatan600+ kedai, termasuk 217 restoran
Bil. penyewa utama16
Keluasan lantai peruncitan406,962 m2 (4,380,500 ka2)
Tempat letak kereta8,000 slot
Bil. tingkatBangunan utama mal: 3 (termasuk perluasan)
The SM Store: 3
Gedung parkir: 8
Laman websmmallofasia.com

SM Mall of Asia, juga disingkat sebagai SM MoA atau secara sederhana MoA, ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Bay City, Pasay, Filipina, berdekatan SM Central Business Park, Teluk Manila, dan di hujung selatan Jalan Raya Epifanio de los Santos (EDSA).

Dimiliki dan dibangunkan oleh SM Prime Holdings, pemilik dan pemaju rangkaian beli-belah terbesar di Filipina, SM Mall of Asia memiliki keluasan tanah 42 hektar, keluasan tingkat bawah sekitar 406,962 meter persegi (4.38050×10^6 ka2), dan menarik lalu lintas pejalan kaki rata-rata setiap hari sekitar 200.000 orang.

Gedung ini merupakan pusat beli-belah terbesar ke-4 di Filipina dan ke-7 di dunia. Ketika dibuka pada tahun 2006, gedung ini merupakan pusat beli-belah terbesar di Filipina sehingga SM City North EDSA dibangunkan semula pada tahun 2008, dan tercicir ke tempat ketiga dengan pengembangan SM Megamall dari 2011 hingga 27 November 2015 ketika SM Seaside City Cebu dibuka untuk umum.

Selepas pembukaan gedung ini pada tahun 2006, ini menyebabkan penutupan beberapa pusat beli-belah yang lebih kecil di dekatnya, seperti Pearl Plaza dan Uniwide Coastal Mall di Paranaque.