SM Faliq SM Nasimuddin

SM Faliq
Kelahiran
SM Faliq bin SM Nasimuddin

(1985-01-25) 25 Januari 1985
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanAhli perniagaan, usahawan, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn. Bhd
PasanganChryseis Tan Sheik Ling (k. 2018)
Anak-anakArianna Kyla Tan SM Faliq (lahir 2020)
SM Arman Naza SM Faliq (lahir 2023)
Ibu bapaSM Nasimuddin SM Amin (bapa)
Zaleha Ismail (ibu)
SaudaraSM Faisal (abang)
SM Nasarudin (abang)
Nur Diana (kakak)
Nur Nadia (adik)
KeluargaSM Sharifuddin SM Amin (bapa saudara)
SM Salahuddin SM Amin (bapa saudara)
SM Zulkifli SM Amin (bapa saudara)
SM Zulkhalis SM Zulkifli (sepupu)

SM Faliq SM Nasimuddin (lahir 25 Januari 1985) ialah seorang usahawan dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif di Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. dan juga Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan di Naza TTDI Sdn. Bhd.

Tidak diketahui ramai beliau juga seorang yang aktif dalam perniagaan peribadinya melalui pelaburan didalam syarikat seperti hiasan dalaman, servis parkir dan restoran. Kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau juga telah menubuhkan sebuah syarikat pada tahun 2019 bagi tujuan pelaburan dalam syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang baru bermula dan juga yang mempunyai potensi untuk terus berkembang jauh.