Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan

Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
Fail:SKPPH logo.jpg
Lokasi
31150 Ulu Kinta, Ipoh, Perak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKebangsaan
MotoJayakan Diri
Nombor sekolah6055335358
Kod sekolahABA2039
Pengerusi PIBGEn. Mohamad Zainudin bin Abdullah
Guru besarEn Mohd Fadzil bin Ibrahim
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Attaufan Jadid bin Burhan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Khairul Affendy bin Zainudin
Penolong Kanan KokurikulumPn Rozita binti Abidin
Faks6055331131
Laman sesawanghttps://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sk-pasukan-polis-hutan/LAMAN-UTAMA

Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (SKPPH) (Jawi:سكوله كبڠساءن فاسوكن فوليس هوتن) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak 1.5 kilometer dari Kem PGA Ulu Kinta di negeri Perak, Malaysia. Pembinaan SKPPH ini bermula pada tahun 1967 dan siap untuk digunakan pada 6 Mei 1968. Ia dibina di atas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi secara percuma oleh pihak Briged Utara Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bagi menyediakan lokasi sekolah yang hampir dengan kem tersebut. Sekolah ini dibina bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan memiliki 496 pelajar lelaki dan 460 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 956 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009