SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza

SITI: An Iconic Exhibition of Dato' Siti Nurhaliza
Poster rasmi pameran SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza.
TempatArtelier Gallery, Publika, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh27 Februari – 26 Mac 2014
TemaSiti Nurhaliza
JenisKemasukan awam percuma
ArtisAdrian Torres, Amirfirdaus Tarmizi, Arikwibowo Amril, Azizi Latif, Badruddin Syah Abdul Wahab, E. M. Nightwatcher, Faiz Yunus, Muhammad Firdaus Mahadi, Haafiz Shahimi, Haffendi Anuar, Khairul Arshad, Muhammad Syahbandi Samat, Nazmi Ismail, Sabihis Md. Pandi, Scott & Dhameer Abbas, Shafiq Nordin, Zizan Rozman

SITI: An Iconic Exhibition of Dato' Siti Nurhaliza (Bahasa Melayu: SITI: Pameran Ikonik Dato’ Siti Nurhaliza) merupakan pameran pengumpulan dana lukisan dan karya seni selama sebulan yang diilhamkan oleh pencapaian yang dibuat oleh penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza. Dengan 17 karya seni daripada 15 pelukis Malaysia, satu dari Sepanyol dan satu dari Iran, persembahan ini ialah salah satu peristiwa yang merupakan sebahagian daripada usaha Siti Nurhaliza untuk mengumpul dana untuk yayasan beliau, Yayasan Nurjiwa. Hasil karya seni mempamerkan pelbagai dari lukisan, arca, kaligrafi, seni media baru, seni stensil dan seni media campuran. Pameran ini ialah antara yang pertama seumpamanya di Malaysia di mana subjek utama pameran ini ialah bintang pop. Dilancarkan pada 27 Februari, galeri ini dibuka kepada orang ramai sehingga 26 Mac 2014.