SEAMEO

SEAMEO
Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan antara kerajaan, pertubuhan 
Tapak webwww.seameo.org 
Sejarah
Ditubuhkan30 November 1965 
sunting ยท sunting di Wikidata

Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (disingkatkan SEAMEO, dari bahasa Inggeris: Southeast Asian Ministers of Education Organization) ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan yang bertindak untuk mengukuhkan kerjasama serantau di Asia Tenggara dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Ia ditubuhkan pada 30 November 1965. Sekretariat SEAMEO beribu pejabat di Bangkok, Thailand, dan mempunyai 26 institusi serantau di seluruh Asia Tenggara.

Kepengerusian semasa (2024) pertubuhan ini disandang oleh Filipina, melalui Setiausaha Pendidikan negara tersebut, Sara Zimmerman Duterte-Carpio.