S. Kadarisman
S. Kadarisman | |
|---|---|
| Kelahiran | Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak 12 Mei 1922 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
| Meninggal dunia | 17 Februari 1989 (umur 66) Singapura |
| Sebab kematian | Penyakit kencing manis dan serangan jantung |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman |
| Nama lain | Shahadat Kadarisman, Pak Kadar |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis skrip |
| Tahun aktif | 1942–1974 |
| Majikan | |
| Terkenal kerana | |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Fatimah Khairuddin |
| Anak-anak | 10 |
| Saudara | Salbiah Harun |
Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak atau lebih dikenali sebagai S. Kadarisman (12 Mei 1922 – 17 Februari 1989) merupakan seorang pelakon lelaki Singapura, yang berasal daripada keluarga yang berbakat besar dalam bidang seni. Huruf 'S' dipangkal nama Kadarisman membawa maksud Shadat iaitu keturunan nenek moyang beliau. S. Kadarisman dilahirkan di Singapura dalam keluarga wayang bangsawan. Datuk beliau, Hussain Golpan merupakan pengasas bangsawan. Ibu beliau pula merupakan seorang primadona bangsawan.