Sōmen

Sōmen (素麺 atau そうめん) adalah mi Jepun yang halus dan tipis, dan selalu dijual dalam bentuk kering. Sōmen dibuat daripada tepung gandum dicampur air, garam dapur, dan minyak goreng. Sōmen biasanya dihidangkan sebagai makanan penyejuk di musim panas.

Sōmen terdiri daripada dua jenis berdasarkan cara pembuatannya, somen buatan tangan dan somen buatan mesin. Adunan mi direntangkan dengan tangan helai demi helai untuk menghasilkan sōmen buatan tangan. Sementara itu, mesin pemotong digunakan untuk memotong adonan mi menjadi sōmen buatan mesin. Bandar Sakurai di Wilayah Nara disebut-sebut sebagai tempat asal sōmen.

Menurut Piawaian Pelabelan Kualiti dan Jenis Mi Kering yang dikeluarkan Piawaian Pertanian Jepun (JAS), sōmen buatan tangan atau buatan mesin harus berdiameter di bawah 1.3 mm. Mi berdiameter yang lebih daripada 1.7 mm disebut udon, manakala mi yang berukuran 1.3 mm ke atas hingga bawah 1.7 mm disebut hiyamugi.