Rusuhan Plaza Low Yat 2015

Rusuhan Plaza Low Yat 2015
Tarikh12 Julai 2015 (2015-07-12)
LokasiJalan Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia
PenyebabSalah faham berkaitan telefon pintar dengan peradikalan perkauman oleh pelbagai pihak media
SasaranPlaza Low Yat
HasilKerugian dianggarkan berjumlah lebih RM70,000
Kecederaan3

Pada 12 Julai 2015, satu kejadian rusuhan telah berlaku di Plaza Low Yat, Jalan Imbi, Kuala Lumpur telah berlaku. Tiga orang cedera termasuk seorang wartawan semasa kekecohan. Rusuhan ini telah mendapat liputan secara meluas di media massa Malaysia. Polis percaya bahawa rusuhan itu berlaku berikutan pergaduhan yang melibatkan tujuh lelaki di Plaza Low Yat, atas dakwaan mencuri dan salah faham terhadap telefon pintar, dengan kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM70,000. Seramai 18 orang dilaporkan telah ditahan kerana terlibat dalam rusuhan itu.