Rusuhan Penjara Pudu

Rusuhan Penjara Pudu

Penjara Pudu ialah lokasi di mana dua kakitangan perubatannya dijadikan tebusan oleh enam banduan penjara itu pada 17 Oktober 1986.
Tarikh17–22 Oktober, 1986
Lokasi
Keputusan Kejayaan UTK
Tebusan diselamatkan
Pihak yang terlibat
Polis Diraja Malaysia Banduan penjara Pudu
Komandan dan pemimpin
Dato' Mohd Zaman Khan Jimmy Chua
Kekuatan
12 operator Unit Tindak Khas 6 banduan
Kerugian dan korban
Tiada 6 ditangkap
2 tebusan mengalami cedera ringan

Rusuhan Penjara Pudu (juga dirujuk oleh media tempatan sebagai Krisis tebusan Penjara Pudu) bermula pada 17 Oktober 1986 dan berakhir enam hari kemudian pada 22 Oktober. Rusuhan bermula apabila enam banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua menahan doktor dan juruteknik makmal sebagai tebusan di Penjara Pudu yang kini dirobohkan. Pada 22 Oktober, krisis tebusan di penjara itu berakhir tanpa pertumpahan darah apabila unit anti-pengganas Unit Tindak Khas (UTK) PGK Polis DiRaja Malaysia menyerbu penjara dan menyelamatkan kedua-dua tebusan.