Rusuhan Jos 2010
Rusuhan Jos 2010 berlaku di bandar Jos, Nigeria membabitkan penganut Islam bertempur dengan penganut Kristian. Jos adalah ibu negeri Plateau, Nigeria. Negeri ini terletak di tengah Nigeria. Utara Nigeria dikuasai puak Islam. Sementara di selatan dikuasai oleh puak Kristian. Rusuhan itu bermula pada 17 Januari 2010 dan berlarutan 4 hari. Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh.
Ratusan orang lagi maut dalam pertentangan baru pada Mac 2010. Penduduk kampung ditetak sehingga mati dengan parang dalam satu serangan awal pagi. Penduduk yang tinggal telah melarikan diri dari tempat tersebut, manalah tahu pelakunya kembali.