Ruslana
Ruslana Lyzhychko | |
|---|---|
Руслана Степанівна Лижичко | |
Ruslana di Cologne, Jerman pada April 2015 | |
| Kelahiran | Ruslana Stepanivna Lyzhychko 24 Mei 1973 Lviv, Ukraine SSR, USSR |
| Warganegara | Ukraine |
| Nama lain | Ruslana (Руслана) |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Pasangan | Oleksandr Ksenofontov (k. 1995) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik |
|
| Diskografi | Karya terkenal |
| Syarikat rakaman | |
| Kegiatan berkaitan |
|
Ruslana Stepanivna Lyzhychko (Bahasa Ukraine: Руслана Степанівна Лижичко, Ruslana Lyžyčko; dilahirkan pada 24 Mei 1973), ialah penyanyi wanita Ukraine dan pemenang Anugerah Muzik Dunia dan Pertandingan Lagu Eurovision, memegang gelaran Artis Rakyat Ukraine. Beliau juga ialah bekas MP bertugas sebagai wakil di parlimen Ukraine (Verkhovna Rada) untuk Parti Our Ukraine. Ruslana ialah Duta Muhibah UNICEF di Ukraine pada tahun 2004-2005. Beliau diiktiraf sebagai artis solo wanita Ukraine yang paling berjaya di peringkat antarabangsa dan termasuk dalam 10 wanita paling berpengaruh pada tahun 2013 oleh majalah Forbes. Setiausaha Negara AS menghormatinya dengan Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa pada bulan Mac 2014. Beliau telah dinobatkan sebagai warganegara kehormat di kampung halamannya L'viv dan dicalonkan untuk menerima gelaran Pahlawan Ukraine.