Rusa senggirik Afrika Timur

Rusa senggirik Afrika Timur
O. b. beisa (female)
Taman Negara Awash, Ethiopia
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Hippotraginae
Genus: Oryx
Spesies:
O. beisa
Nama binomial
Oryx beisa
(Rüppell, 1835)
Subspesies

O. b. beisa
O. b. callotis

Taburan rusa senggirik Afrika Timur.
Peta taburan yang diperbesar.

Rusa senggirik Afrika Timur (Oryx beisa), turut dikenali sebagai beisa, ialah spesies berukuran sedang dari Afrika Timur. Ia mempunyai dua subspesies: rusa senggirik beisa biasa (Oryx beisa beisa) yang ditemui di steppe dan gurun separa di seluruh Tanduk Afrika dan utara Sungai Tana, serta rusa senggirik telinga jambul (Oryx beisa callotis) di selatan Sungai Tana di selatan Kenya dan sebahagian Tanzania. pesiesIini disenaraikan sebagai terancam oleh UCN.

Dahulunya, sesetengah ahli taksonomi menganggap ia subspesies bagi gemsbok (Oryx gazella), tetapi ia berbeza secara genetik; bilangan kromosom diploidnya adalah 56 untuk beisa dan 58 untuk gemsbok.