Kaum Melayu

Konsep Kaum Melayu atau Rumpun Bangsa Melayu dicadangkan oleh ahli sains Jerman Johann Friedrich Blumenbach (1752–1840), dan juga telah diklasifikasikan olehnya sebagai bangsa pérang. Sejak Blumenbach, banyak ahli antropologi telah menolak teori lima bangsanya, memetik kerumitan mengelaskan bangsa yang besar. Konsep "bangsa Melayu" berlainan dengan kelompok etnik Melayu yang bertumpu di sekitar Malaysia dan sebahagian dari pulau Sumatera serta Kalimantan di Indonesia.