Rum (arak)
Rum (disebut [ram]) ialah sejenis minuman sulingan keras yang diperbuat daripada hasil keluaran sampingan tebu seperti molases dan jus perahan yang melalui proses penapaian dan penyulingan. Sulingannya yang merupakan cecair jernih kemudian diperam, biasanya di dalam tong kayu balak. Kebanyakan rum dikeluarkan di Caribbean dan persekitarannya, serta di sepanjang Sungai Demerara di Amerika Selatan sedangkan terdapat pengeluar rum di tempat-tempat seperti Australia, India, dan Pulau Reunion. Rum overproof seperti jenis Wray dan Nephewn mengandungi kandungan alkohol yang lebih tinggi.
Rum dihasilkan dengan pelbagai gaya. Rum ringan biasanya digunakan untuk minuman campuran, manakala rum keemasan dan gelap adalah sesuai untuk memasak serta sebagai koktel. Jenama rum yang premium juga boleh didapati dan diminum secara keras atau disejukkan dengan air batu (on the rocks).
Rum memainkan peranan dalam budaya kebanyakan pulau di Hindia Barat, dan mempunyai kaitan yang terkenal dengan Angkatan Tentera Laut Diraja British dan kegiatan melanun. Rum pernah juga bertindak sebagai media pertukaran yang popular dalam mempromosikan pengabdian, selain daripada mengakibatkan desakan ekonomi Pemberontakan Rum Australia dan Revolusi Amerika.