Rui Costa
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Rui Manuel César Costa | ||
| Tarikh lahir | 29 Mac 1972 | ||
| Tempat lahir | Amadora, Portugal | ||
| Ketinggian | 1.80 m (5 ka 11 in) | ||
| Posisi permainan | Pemain tengah menyerang | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1977–1990 | Benfica | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 1990–1994 | Benfica | 78 | (13) |
| 1990–1991 | → Fafe (pinjaman) | 38 | (6) |
| 1994–2001 | Fiorentina | 215 | (38) |
| 2001–2006 | Milan | 124 | (4) |
| 2006–2008 | Benfica | 43 | (5) |
| Jumlah | 498 | (66) | |
| Pasukan kebangsaan | |||
| 1990 | Portugal B18 | 4 | (1) |
| 1991 | Portugal B20 | 11 | (1) |
| 1992–1994 | Portugal B21 | 19 | (7) |
| 1993–2004 | Portugal | 94 | (26) |
| * Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik | |||
Rui Manuel César Costa, OIH (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈʁuj ˈkɔʃtɐ]; lahir 29 Mac 1972) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Portugal yang bermain di posisi pemain tengah. Costa kebanyakan menghabiskan kariernya bersama Benfica di Portugal selain bersama Fiorentina dan Milan di Itali.
Beliau dilihat salah satu pemain tengah terbaik pada eranya. Costa memainkan peranan sebagai seorang "playmaker" dengan kemampuan menghantar hantaran cantik, teknik hantaran yang baik dan dibantu dengan kemampuannya mengawal bola melalui kedua-dua kakinya. Pada tahun 2004, beliau dipilih oleh Pelé dalam FIFA 100, iaitu salah satu daripada 125 pemain bola sepak terhebat.
Costa juga merupakan seorang bekas pemain antarabangsa Portugal yang mewakili negaranya di tiga edisi Kejohanan Bola Sepak Eropah dan satu edisi Piala Dunia. Tambahan lagi, beliau telah beraksi dalam 94 perlawanan antarabangsa dan menjaringkan 26 gol untuk Portugal.