Ru

Ru
Pokok-pokok ru tepi pantai
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fagales
Keluarga: Casuarinaceae
Genus: Casuarina
Spesies:
C. equisetifolia
Nama binomial
Casuarina equisetifolia
Subspesies
  • C. e. subsp. equisetifolia
  • C. e. subsp. incana
Sinonim

Casuarina equisetifolia var. typica Domin

Ru, ru pantai, ru laut, eru, aru, cemara atau cemara laut (nama botani: Casuarina equisetifolia) ialah spesies pokok dalam genus Casuarina. Taburan asalnya merangkumi Asia Tenggara, Australia utara (utara Wilayah Utara, utara dan timur Queensland, dan timur laut New South Wales) dan pulau-pulau Pasifik.

Pokok ini mendominasi hutan pantai yang banyak terdapat di sepanjang pantai-pantai Semenanjung Malaysia dan Singapura, Sabah, dan Sarawak. Hutan-hutan pantai ini semakin pupus disebabkan oleh skim pembangunan pantai yang semakin meningkat.