Rosh Hashanah
Templat:Nofootnotes
| Rosh Hashanah | |
|---|---|
| Nama rasmi | Ibrani: ראש השנה |
Juga dikenali sebagai | Tahun Baru Yahudi |
Diraikan oleh/di | Agama Yahudi dan bangsa Yahudi |
| Jenis | Yahudi |
| Kepentingan | Tahun baru Yahudi mengikut kalendar Ibrani. Memperingatkan Penciptaan dunia seperti yang ditulis dalam Alkitab. Permulaan 10 "Hari Ngeri" sebelum Yom Kippur. |
| Upacara | Bersembahyang di saumaah, mendengar bunyi shofar. Jamuan makanan perayaan dengan challah. Makanan bertuah seperti epal dicelup ke dalam madu, kepala ikan dan buah delima sering dimakan, dan juga buah-buahan baru pada malam kedua. Berehat daripada bekerja. |
| Bermula | Awal hari pertama Tishrei |
| Tamat | Akhir hari kedua Tishrei |
| Tarikh | 1 Tishrei, 2 Tishrei |
| Tarikh 2025 | |
Berkaitan dengan | Yom Kippur, "Hari Penebusan Dosa" |
Rosh Hashanah (Ibrani: ראש השנה, Biblical: IPA: [ˈɾoʃ haʃːɔˈnɔh], Israel: [ˈroʃ haʃaˈna], Bahasa Yiddish: [ˈroʊʃ hɑˈʃɔnə]) biasanya merujuk kepada Tahun Baru Yahudi (secara harfiah "kepala tahun"). Hari ini jatuh pada hari pertama bulan ketujuh kalendar Ibrani, Tishrei (Leviticus 23:24Template:Bibleverse with invalid book), bulan pertama ialah Nisan. Tiadanya istilah Rosh Hashanah ini digunakan dalam Torah. Dalam Leviticus 23:24Template:Bibleverse with invalid book hari ini dirujuk sebagai "hari peniupan hon (Shofar)" (Yom Terua). Dalam Ezekiel 40:1Template:Bibleverse with invalid book hari ini dirujuk sebagai "permulaan tahun" dan bukan hari pertama satu tahun. Sastera Rabbi dan liturgi sendiri menggambarkan Rosh Hashanah sebagai "hari pengadilan" (Yom ha-Din) dan "hari peringatan" (Yom ha-Zikkaron). Sesetengah penjelasan midrash menggambarkan Tuhan menduduki takhta, semasa buku-buku yang mengandungi perbuatan semua manusia dibuka untuk diulas, dan setiap orang menghadap Tuhan untuk menaksir perbuatan sendiri.