Rosa Luxemburg

Rosa Luxemburg
Rosa Luxemburg portrait, c. 1895–1905
Kelahiran
Rozalia Luksenburg

(1871-03-05)5 Mac 1871
Meninggal dunia15 Januari 1919(1919-01-15) (umur 47)
Sebab kematianHukuman mati
WarganegaraPolish
KerakyatanGerman
Pusat pendidikanUniversiti Zurich
(Dr. jur., 1897)
PekerjaanAhli ekonomi
Ahli falsafah
Ahli revolusi
Parti politik
PasanganGustav Lübeck
Rakan kongsi domestikLeo Jogiches
Kostja Zetkin

Rosa Luxemburg (5 Mac 1870 atau 187115 Januari 1919; bahasa Poland: Róża Luksemburg) ialah seorang ahli teori politik Marxisme, ahli falsafah sosialisme, dan revolusioner Jerman. Dilahirkan di Poland, beliau merupakan ahli teori untuk Parti Demokratik Sosial Kerajaan Poland yang kemudian terlibat dalam Parti Demokrasi Sosial Jerman, diikuti oleh Parti Demokrasi Sosial Bebas Jerman.

Luxemburg memulakan sebuah akhbar, Die Rote Fahn, dan merupakan pengasas bersama untuk Liga Spartacus (bahasa Jerman: Spartakusbund), sebuah kumpulan revolusioner yang kemudian menjadi Parti Komunis Jerman. Suatu pemberontakan meletus di Berlin pada Januari 1919 berikutan propaganda Luxemburg, percubaan itu ditewas oleh saki-baki tentera pemerintahan beraja serta tentera awam bebas yang bersama-sama digelarkan Freikorps. Luxemburg dan beratus-ratus orang yang lain ditangkap, diseksa, dan kemudian dibunuh. Kematian beliau bersama Karl Liebknecht terutamanya menjadi suatu titik penting dalam dorongan pengikut sosialisme demokrasi dan arxisme memperjuangkan fahaman mereka.