Ron Klain
Ron Klain | |
|---|---|
| Ketua Staf Rumah Putih ke-30 | |
| Menyandang jawatan 20 Januari 2021 | |
| Presiden | Joe Biden |
| Timbalan | Jen O'Malley Dillon |
| Didahului oleh | Mark Meadows |
| Penyelaras Tindak Balas Ebola Rumah Putih | |
| Dalam jawatan 22 Oktober 2014 – 15 Februari 2015 | |
| Presiden | Barack Obama |
| Didahului oleh | Jawatan baharu |
| Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
| Ketua Staf kepada Naib Presiden | |
| Dalam jawatan 20 Januari 2009 – 14 Januari 2011 | |
| Naib Presiden | Joe Biden |
| Didahului oleh | David Addington |
| Digantikan oleh | Bruce Reed |
| Dalam jawatan 1 November 1995 – 3 Ogos 1999 | |
| Naib Presiden | Al Gore |
| Didahului oleh | Jack Quinn |
| Digantikan oleh | Charles Burson |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 8 Ogos 1961 Indianapolis, Indiana, A.S. |
| Parti politik | Demokrat |
| Pasangan | Monica Medina |
| Anak | 3 |
| Pendidikan | Universiti Georgetown Universiti Harvard |
Ronald A. Klain (lahir 8 Ogos 1961) ialah seorang perunding politik, bekas pelobi, ahli politik dan peguam Amerika Syarikat. Beliau merupakan Ketua Staf Rumah Putih terkini yang ke-30.
Seorang ahli Parti Demokrat, beliau berkhidmat sebagai ketua staf kepada dua Naib Presiden iaitu Al Gore (1995–1999) dan Joe Biden (2009–2011). Selepas terdapat kes virus Ebola yang dilaporkan di Amerika Syarikat, presiden Barack Obama melantik beliau sebagai Penyelaras Tindak Balas Ebola Rumah Putih pada akhir tahun 2014 dan berkhidmat sehingga Februari 2015.