Arnab Gunung Berapi

Arnab Gunung Berapi
ارنب ݢونوڠ براڤي
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Romerolagus

Merriam, 1896
Spesies:
R. diazi
Nama binomial
Romerolagus diazi
(Ferrari-Pérez, 1893)

Arnab Gunung Berapi (Tulisan Jawi: ارنب ݢونوڠ براڤي), juga dikenali sebagai teporingo atau zacatuche (Romerolagus diazi) ialah sejenis arnab kecil yang hidup di pergunungan Mexico. Ia merupakan spesies arnab kedua terkecil di dunia, mengekori Arnab Kerdil. Arnab ini mempunyai telinga kecil yang kebulatan, kaki yang pendek, dan bulu yang pendek dan nipis. Arnab Gunung Berapi tinggal secara berkelompok dua hingga lima ekor dalam sarang bawah tanah. Berbeza dengan kebanyakan spesies arnab (tetapi serupa dengan pika), Arnab Gunung Berapi tidak berdebap-debap atas tanah, sebaliknya mengeluarkan bunyi yang nyaring untuk memberikan amaran bahaya kepada arnab yang lain. Ia merupakan haiwan nokturnal yang cukup aktif mulai waktu senja hingga subuh. Berat Arnab Gunung Berapi sekitar 390–600 g (14–21 oz). Tepat pada tahun 1969, terdapat 1000 hingga 1200 ekor yang hidup secara liar.