Rogue One: A Star Wars Story
| Rogue One: A Star Wars Story | |
|---|---|
| Pengarah | Gareth Edwards |
| Lakon layar |
|
| Cerita oleh |
|
| Berdasarkan | Watak oleh George Lucas |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Greig Fraser |
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh | Michael Giacchino |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Walt Disney Studios Motion Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 133 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $200 juta |
| Pecah panggung | $1,056,057,273 |
Rogue One: A Star Wars Story (atau Rogue One) ialah filem epik angkasa Amerika Syarikat 2016 arahan Gareth Edwards dan ditulis oleh Chris Weitz dan Tony Gilroy. Filem ini diilhamkan dari cerita karya John Knoll dan Gary Whitta dan merupakan filem berasingan pertama dalam rangkaian antologi Star Wars. Rogue One dibintangi oleh Felicity Jones, Diego Luna, Ben Mendelsohn, Donnie Yen, Mads Mikkelsen, Alan Tudyk, Riz Ahmed, Jiang Wen, dan Forest Whitaker.
Filem ini diterbitkan oleh Lucasfilm dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Kronologinya berada di antara Revenge of the Sith dan A New Hope. Penggambaran dijalankan di Elstree Studios, London, pada awal Ogps 2015 dan siap sepenuhnya pada Februari 2016. Penggambaran semula dan tambahan dijalankan pada pertengahan Jun 2016. Rogue One ditayangkan perdana di Los Angeles pada 10 Disember 2016 dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 16 Disember 2016. Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem dan meraih $104 juta di seluruh dunia.