Rodrygo Goes

Rodrygo
Rodrygo pada tahun 2023
Maklumat peribadi
Nama penuh Rodrygo Silva de Goes
Tarikh lahir (2001-01-09) 9 Januari 2001
Tempat lahir Osasco, Brazil
Ketinggian 1.74 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Sayap, penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Real Madrid
Nombor 11
Kerjaya remaja
2011–2017 Santos
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2017–2019 Santos 63 (13)
2019– Real Madrid 116 (17)
2019 Real Madrid B 3 (2)
Pasukan kebangsaan
2017–2018 Brazil B17 4 (3)
2018–2019 Brazil B20 10 (3)
2019– Brazil B23 6 (1)
2019– Brazil 16 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18:57, 30 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 08:31, 13 September 2023 (UTC)

Rodrygo Silva de Goes (Portugis Brazil: [ʁoˈdɾiɡu ˈsiwvɐ dʒi ˈɡɔjs]; lahir 9 Januari 2001), atau ringkasnya dikenali sebagai Rodrygo, ialah pemain bola sepak profesional Brazil yang beraksi sebagai sayap atau penyerang untuk kelab La Liga, Real Madrid dan pasukan kebangsaan Brazil.

Beliau memulakan kariernya bersama kelab Santos apabila beliau beraksi dalam 80 perlawanan dan menjaringkan 17 gol sebelum beliau berpindah ke Real Madrid pada tahun 2019 melalui perpindahan yang bernilai €45 juta. Di peringkat antarabangsa, Rodrygo melakukan debut bersama skuad senior Brazil pada tahun 2019 sewaktu beliau baru berusia 18 tahun.