Gear

Roda gigi atau gerigi (bahasa Inggeris: gear) ialah sejenis komponen mekanikal berputar yang bergerigi di luarnya membolehkan pemindahan tork putaran dengan lancar dan teratur semampu daya yang ditekankan kepada komponen bergerigi sepadanan lain yang tersambung seperti roda atau rod. Dua gerigi (atau lebih) yang bekerja seiring dipanggi transmisi dan boleh menghasilkan faedah mekanik melalui nisbah gear dan dengan itu boleh dianggap suatu mesin ringkas.

Gerigi-gerigi biasanya digunakan di dalam alat transmisi. Bergantung kepada binaan dan susunan, peranti bergear boleh menghantar daya pada kelajuan, tork ataupun arah yang berbeza daripada sumber kuasa.

Terdapat pelbagai jenis gear mengikut jenis gigi dan bentuk. Gerigi paling mudah jenis taji (wedge gear, seperti dalam animasi di kanan).