Roda dan gandar
Roda dan gandar ialah sejenis mesin ringkas yang terdiri daripada rod yang dipasang berserenjang pada pusat roda. Roda basikal, roda Ferris dan gear semuanya merupakan contoh roda dan gandar.
Bentuk tradisi telah dikenali dalam buku teks sejak abad ke-19 sebagaiman ditunjukkan dalam gambar. Ini turut menunjukkan bentuk kegunaan yang paling dikenali, contoh., mengangkat air dari telaga. Bentuk ini terdiri daripada roda yang memusing gandar dan seterusnya tali menukar pergerakan putaran kepada pergerakan lurus bagi tujuan mengangkat. -sebagai contoh kereta ataupun basikal.