Roberto Firmino

Roberto Firmino
Firmino menyertai kelab Arab Saudi Al-Ahli pada tahun 2023
Maklumat peribadi
Nama penuh Roberto Firmino Barbosa de Oliveira
Tarikh lahir (1991-10-02) 2 Oktober 1991
Tempat lahir Maceió, Brazil
Ketinggian 181 cm (5 ka 11 in)
Posisi permainan Penyerang, Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Ahli
Nombor 10
Kerjaya remaja
2004–2008 CRB
2008–2009 Figueirense
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2011 Figueirense 38 (8)
2011–2015 1899 Hoffenheim 140 (38)
2015–2023 Liverpool 256 (82)
2023– Al-Ahli 49 (14)
Pasukan kebangsaan
2014– Brazil 55 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:35, 22 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:11, 10 Julai 2021 (UTC)

Roberto Firmino Barbosa de Oliveira (lahir 2 Oktober 1991) lebih dikenali sebagai Roberto Firmino atau Firmino merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain untuk kelab Arab Saudi, Al-Ahli dan pasukan kebangsaan Brazil sebagai pemain penyerang atau pemain tengah menyerang.

Setelah memulakan kariernya bersama kelab Figueirense pada tahun 2009, beliau kemudiannya menghabiskan empat setengah musim di Hoffenheim. Firmino juga dinobatkan sebagai Pemain Kejayaan Liga dengan menghasilkan 16 gol dalam 33 perlawanan untuk kempen Bundesliga musim 2013-14. Pada bulan Julai 2015, beliau menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool. Kreativiti, pencetakan gol, dan tingkat kerjanya mendapat pujian di Liverpool, dengan pengurus Liverpool Jürgen Klopp menyebut Firmino sebagai "mesin" yang mendorong sistem serangan balas buat pasukan Liverpool. Pada musim 2018-2019, beliau telah membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara UEFA, dan Piala Kelab Dunia FIFA 2019.

Firmino membuat penampilan antarabangsa sulung untuk Brazil pada bulan November 2014 dan mewakili Brazil di dalam kejohanan Copa América 2015.