Roberta Metsola
Roberta Metsola MEP | |
|---|---|
Metsola pada 2024 | |
| Presiden Parlimen Eropah | |
| Menyandang jawatan 18 Januari 2022 Memangku: 11–18 Januari 2022 | |
| Naib Presiden | Othmar Karas |
| Didahului oleh | David Sassoli |
| Naib Presiden Pertama Parlimen Eropah | |
| Dalam jawatan 12 November 2020 – 18 Januari 2022 | |
| Presiden | David Sassoli |
| Didahului oleh | Mairead McGuinness |
| Digantikan oleh | Othmar Karas |
| Ahli Parlimen Eropah untuk Malta | |
| Menyandang jawatan 24 April 2013 | |
| Didahului oleh | Simon Busuttil |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Roberta Tedesco Triccas 18 Januari 1979 St. Julian's, Malta |
| Parti politik | Parti Nasionalis |
| Gabungan politik lain | Parti Rakyat Eropah |
| Pasangan | Ukko Metsola (k. 2005) |
| Anak | 4 |
| Tempat belajar | Universiti Malta Kolej Eropah |
Roberta Metsola (Malta: [ɹɔˈbɝta ˈmɛtsɔla]; née Tedesco Triccas; lahir 18 Januari 1979) ialah seorang ahli politik Malta yang telah berkhidmat sebagai presiden Parlimen Eropah sejak Januari 2022. Beliau merupakan ahli Parti Nasionalis (PN) Malta dan Parti Rakyat Eropah (EPP).
Metsola pertama kali dipilih sebagai ahli Parlimen Eropah (MEP) pada tahun 2013, dan menjadi Naib Presiden Pertama Parlimen Eropah pada November 2020. Selepas kematian presiden semasa David Sassoli, Metsola dipilih sebagai presiden Parlimen Eropah pada 18 Januari 2022, menjadi presiden termuda yang pernah dilantik, orang Malta pertama yang memegang jawatan itu, dan presiden wanita pertama sejak 2002.