Riyad Farid Hijab
Riyad Farid Hijab | |
|---|---|
| Perdana Menteri Syria | |
| Dalam jawatan 23 Jun 2012 – 6 Ogos 2012 | |
| Presiden | Bashar al-Assad |
| Didahului oleh | Adel Safar |
| Digantikan oleh | Omar Ibrahim Ghalawanji (pemangku) |
| Menteri Pertanian dan Pembaharuan Agraria | |
| Dalam jawatan 14 April 2011 – 6 Ogos 2012 | |
| Perdana Menteri | Adel Safar |
| Didahului oleh | Adel Safar |
| Digantikan oleh | Wael Nader al-Halqi |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1956 (umur 68–69) Deir ez-Zor, Syria |
| Parti politik | Parti Ba'ath (sebelum 2012) Bebas (2012–kini) |
| Gabungan politik lain | Barisan Progresif Kebangsaan (Sebelum 2012) |
Riyad Farid Hijab (Arab: الدكتور رياض فريد حجاب), lahir 1956, ialah seorang ahli politik Syria. Beliau menjadi Perdana Menteri Syria dari Jun hingga Ogos 2012, berkhidmat di bawah Presiden Bashar al-Assad. Sebelum itu beliau merupakan Menteri Pertanian dari April 2011.
Pada 6 Ogos 2012, beliau dilaporkan telah berpaling tadah kepada pihak pemberontak dalam perang saudara Syria. Ini disahkan oleh kerajaan Syria, dengan menteri maklumat Omran al-Zoub menyatakan "pelarian sesetengah personaliti, tidak kira seberapa tinggi pangkat, tidak akan memberi kesan kepada negara Syria" dan "tidak ada masalah" menggantikan pembelot.
Bekas jurucakap Hijab, Mohammad Otari berkata bahawa Hijab meletak jawatan, dan beliau serta keluarganya menuju Jordan pada 6 Ogos 2012. TV kerajaan pula melaporkan yang Hijab "dipecat" dan Timbalan PM Omar Ibrahim Ghalawanji akan menjadi pemangku. Mengikut Otari, Hijab telah beberapa bulan merancang berpaling tadah dengan bantuan Tentera Pembebasan Syria.