Riviera Itali
Riviera Itali atau Riviera Liguria (Itali: Riviera ligure; Liguria: RivĂȘa ligure) adalah pesisiran yang sempit di Itali terletak antara Laut Liguria dan banjaran gunung gabungan Alp Maritim dan Apennine; kawasan ini sendirinya merangkumi hampir seluruh pesisiran Liguria melintasi keempat-empat wilayahnya dari sempadan Perancis (turut membatasi Riviera Perancis berhampiran Ventimiglia) hingga Toscana dalam suatu kawasan geografi luas merentasi sejauh Marseille. Riviera ini keseluruhan berjarak sekitar 350 km (218 batu).
Ciri ia yang diteduhkan pergunungan dari angin musim sejuk menjadikan ia beriklim sederhana yang menanam sayuran awal, bunga (terutama di bahagian barat), zaitun, dan anggur; malah ia menjadi tempat ideal menempatkan pusat peranginan banyak menarik pelancong termasuk selebriti dan seniman terkenal antarabangsa.